Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CUBAAN ROMPAKAN GAGAL DI PERAIRAN TAMBISAN

LAHAD DATU: Pihak ESScom memberi peringatan kepada semua kapal yang melalui perairan kawasan ESSzone agar lebih waspada dan sentiasa memaklumkan kedudukan pergerakan mereka kepada Pusat Operasi ESScom bagi tujuan pemantauan keselamatan.

Komander ESScom, DCP Datuk Hazani Ghazali mengeluarkan peringatan ini berikutan satu kes cubaan merompak keatas sebuah kapal tunda di perairan Tambisan di sini, kira-kira pukul 6 petang, semalam.

Semasa kejadian itu, kapal tunda yang membawa minyak kelapa sawit dari Felda Sahabat ke Kuantan, Pahang dihampiri oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali yang kemudian menaiki kapal tunda tersebut setibanya di perairan Tambisan.

DCP Datuk Hazani Ghazali, Komander ESScom. Gambar Fail SNT

Walau bagaimanapun, anak-anak kapal berjaya menyelamatkan diri ke dalam dek yang terkunci di mana mereka dapat menghubungi pasukan keselamatan.

Setelah menyedari kehadiran bot keselamatan, kumpulan tersebut meninggalkan kapal tunda dan melarikan diri dengan tangan kosong.

Hazani juga menyeru kepada semua pengendali kapal laut untuk mengaktifkan AIS, melaporkan jadual laluan dan menggunakan “distress call” sekiranya berlaku kecemasan supaya ESScom boleh mengambil tindakan termasuk menghantar bot keselamatan untuk membantu mereka.

Menurutnya, ESScom tidak akan berkompromi mengenai isu keselamatan dan terus memantau selain mengetatkan lagi kawalan keselamatan di perairan ESSzone terutama di kawasan hotspot yang dipercayai digunakan sebagai laluan oleh penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama daripada semua termasuk memaklumkan kepada Pusat Operasi ESSCOM kedudukan semasa kapal/tugbot untuk tujuan pemantauan dan kawalan keselamatan.– SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan