Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cubaan pendatang tanpa izin masuk Sabah gagal

TAWAU: Cubaan 12 orang warga asing termasuk seorang tekong bot untuk masuk ke negeri ini melalui daerah ini gagal apabila mereka ditahan oleh anggota Polis Marin di perairan laut Sinosolan kelmarin.

Komander Polis Marin Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, semua warga asing yang terdiri dari lapan lelaki dewasa dan dua wanita dewasa serta dua kanak-kanak berumur 10 hingga 60 tahun itu ditahan jam 7 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis marin yang melakukan Op Paradise di kawasan perairan laut berkenaan telah ternampak sebuah bot laju menuju ke tebing Sungai Sinosolan dipercayai dari Nunukan, Indonesia.

“Anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati seramai 12 orang di dalam bot berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini termasuk juragan,” katanya di sini hari ini.

Semua warga asing tersebut kemudian dibawa ke jeti Polis Marin untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen.

Katanya, pihaknya akan terus komited dalam usaha membanteras kemasukan Pati selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan sifar Pati pada tahun 2020.

“Kerjasama semua pihak sangat diperlukan dalam menyalurkan maklumat berkaitan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negeri ini,” katanya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

TANGKAP... Pendatang tanpa izin yang berjaya ditangkap oleh Polis Marin. - foto Masani Sandan / SayangSabah
TANGKAP… Pendatang tanpa izin yang berjaya ditangkap oleh Polis Marin. – foto Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan