Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cubaan Curi Kabel SESB Punca Pengguna Terputus Bekalan Elektrik

sesb-kunak1

KOTA KINABALU– Pengguna di sekitar Kota Kinabalu terputus bekalan elektrik sejak pukul 11.16 pagi Jumaat disebabkan cubaan mencuri kabel 33 kilovolt milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Kepayan ke Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Star City.

Menurut kenyataan SESB, satu laporan polis dibuat di balai polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

“Ekoran daripada kejadian ini, pihak SESB menganggarkan kerugian hampir RM20,000,” kata kenyataan itu.

Antara kawasan yang terputus bekalan elektrik adalah sekitar Luyang, Lintas, Sembulan, Asia City, Jalan Tuaran Bypass, Karamunsing dan Sinsuran.

Bekalan dipulihkan secara berperingkat bermula 11.50 pagi dan aliran elektrik sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari.

Pihak SESB memohon kerjasama orang ramai untuk segera menghubungi SESB di talian khas 088-282455 sekiranya terlihat individu yang mencurigakan berada berhampiran dengan pepasangan elektrik milik syarikat itu.

Komen


Berita Berkaitan