Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cubaan bawa keluar murai batu

ANGGOTA penguatkuasa memeriksa seekor burung murai batu yang dibawa melintasi sempadan Sabah dan Sarawak tanpa permit sah dalam Ops Bersepadu di Pos Kawalan Sindumin – Merapok di Sipitang. – Foto Ihsan Jabatan Imigresen Sabah

 

SIPITANG: Cubaan membawa burung murai batu melepasi sempadan Sabah dan Sarawak tanpa permit sah adalah antara kesalahan dikesan dalam Ops Bersepadu di Pos Kawalan Sindumin-Merapok di sini, semalam.

Operasi selama tiga jam bermula 7 pagi itu membabitkan sembilan agensi penguat kuasa dan jabatan di Sabah dan Sarawak yang berpangkalan di Sipitang serta Lawas.

Jabatan Imigresen Sabah, dalam menerusi kenyataan di sini hari ini, berkata sepanjang operasi itu pelbagai kesalahan dikesan dan dikenakan tindakan oleh agensi berkaitan.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 17 saman dikeluarkan oleh polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas atas pelbagai kesalahan.

“Turut dikesan ialah satu kes rampasan bibit tanaman oleh Jabatan Pertanian dan satu kes di bawah Jabatan Haiwan iaitu seorang lelaki membawa seekor burung Murai Batu tanpa permit yang sah.

“Secara keseluruhan sebanyak 674 orang telah diperiksa iaitu 544 warga Malaysia, selain 118 warga Brunei empat rakyat Indonesia dan enam warga Filipina,” katanya.

Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK) Safariy Suhaimi dari Unit Penguatkuasa Imigresen Sipitang.

Menurut kenyataan itu, operasi dijalankan bagi mendidik dan menyampaikan mesej kepada orang awam agar sentiasa mematuhi undang-undang. – Oleh Wan Faizal Ismayatim/BH Online

Komen


Berita Berkaitan