Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cuba selesai isu pelarasan Skim Insuran Keselamatan Nelayan

Antara ahli jawatankuasa PNK Papar dan ahli ahli persatuan yang hadir ke mesyuarat tersebut.
Antara ahli jawatankuasa PNK Papar dan ahli ahli persatuan yang hadir ke mesyuarat tersebut.

PAPAR – Keluhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Papar mengenai isu pelarasan Skim Insuran Keselamatan Nelayan dan baucer barangan bernilai RM100 yang masih belum diterima oleh ahli nelayan di kawasan itu akan diperhatian.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada kementerian bertanggungjawab untuk mengambil langkah susulan.

“Perkara ini penting agar ia dapat pelarasan skim itu dapat dilakukan segera di negeri ini dan kita juga akan membantu dari segi isu baucer barangan tersebut. Ini kerana Bantuan Sara Hidup Nelayan ini dapat membantu meringankan beban keluarga, serta menyuntik semangat golongan nelayan untuk terus berusaha dengan gigih,” ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan Papar Ke-12 dan penyerahan Eluan Sara Hidup kepada nelayan bagi kawasan Parlimen Papar di Dewan Masyarakat Papar, di sini hari ini.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, bantuan dan inisiatif yang disediakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk memastikan nasib golongan nelayan terus dibela.

Menurut beliau, dalam Bajet 2015 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM350 juta bagi membayar elauan sara hidup nelayan dan pada Mei  ini, kerajaan bersetuju menaikan kadar elaun bulanan tersebut  kepada RM300 berbanding sebelum ini RM200 ,mengikut zon yang telah ditetapkan.

Katanya, bantuan itu akan memberikan manafaat kepada lebih dari 55,0000 nelayan di seluruh negara selain bantuan bantuan lain seperti insentif pendaratan ikan, skim insuran keselamatan, subsidi minyak, bantuan bencana alam dan bantuan membaiki rumah nelayan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan