Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cuba mencabul kehormatan, tiga remaja ditangkap polis

9:57pm 08/01/2016 Ann Vivien 72 views Jenayah,Tempatan
Douglas dalam sidang media itu.

Douglas dalam sidang media itu.

KENINGAU: Gara-gara ingin mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun, tiga pelajar lelaki berumur antara 13 – 15 tahun dicekup polis pada 30 Disember 2015 lebih kurang 12.40 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis ( DSP) berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Kampung Kepayan Lama Apin-Apin telah berjaya menangkap ketiga-tiga suspek yang disyaki terlibat.

Katanya, kejadian berlaku lebih kurang jam 8.00 malam semasa mangsa berjalan kaki seorang diri dari majlis perkahwinan di kampung Kepayan Lama mahu pulang ke rumahnya di Kg. Sungoi, Apin-Apin.

“Semasa dalam perjalanan tiba-tiba tiga orang remaja lelaki yang mangsa kenali telah menggunakan kekerasan dengan menarik mangsa ke tepi sungai serta menampar bibir mangsa beberapa kali. Ketiga-tiga suspek berkenaan telah menarik tangan mangsa dari kawasan tepi padang Kampung Kepayan Lama ke kawasan rumput di tepi kawasan sungai Pegalan” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Jumaat.

Walau bagaimanapun katanya, mangsa meronta-ronta dan berjaya melepaskan diri daripada tiga remaja lelaki berkenaan dan terus melarikan diri meminta bantuan dari Ketua Kampung Sungoi dan Makciknya. Mereka kemudian membuat laporan polis. Ketiga-tiga suspek telah direman selama empat untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada orang dengan niat mencabul kehormatan.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan