Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cuba halang penduduk solat

07hmjazan.jpg.transformed

Jazan: Seorang lelaki ditangkap selepas merempuh sebuah masjid di sini dengan keretanya untuk menghalang orang ramai menunaikan solat.

Jurucakap polis Jazan, Leftenan Jeneral Mohammad Al-Harby berkata, lelaki berusia 23 tahun itu pernah ditahan beberapa kali dan dihantar menjalani pemeriksaan psikologi.

Ibu bapa lelaki itu mengesahkan anak mereka mengalami masalah mental dan melaporkan kejadian terbaru itu kepada polis apabila dia sengaja merempuh masjid dengan keretanya selepas jemaah enggan mendengar cakapnya.

Lelaki itu mendakwa solat yang mereka dirikan tidak betul. Katanya, umat Islam perlu solat empat kali sehari, bukan lima.

Menurut laporan, lelaki itu sebelum ini mengaku dirinya anggota kumpulan Negara Islam (IS). – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan