Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cuai punca dirempuh kereta api

SEBUAH kenderaan jenis Proton Saga remuk selepas dirempuh kereta api dalam kejadian kemalangan di Kampung Takis, Papar. – Foto Ihsan polis
Keadaan Proton Saga yang dirempuh kereta api di Simpang Empat Ladasan Rata Keretapi Takis Majakir, Papar. – Foto Ihsan Polis

 

PAPAR: Sikap cuai seorang lelaki warga emas tidak memberhentikan kenderaan dipandunya ketika kereta api berada di landasan punca berlaku kemalangan di Simpang Empat Landasan Rata Keretapi Takis Majakir, dekat sini, tengah hari semalam.

Lelaki berusia 73 tahun yang memandu Proton Saga itu dikatakan cuba melintas landasan ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman, berkata kemalangan membabitkan dua kenderaan itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

“Kereta api yang bergerak dari arah Beaufort menghala ke Kota Kinabalu terlanggar sebuah kereta yang tidak berhenti ketika cuba melintas landasan itu.

“Akibat kejadian itu, kereta yang dipandu lelaki terbabit dirempuh di bahagian belakang sehingga mengalami kerosakan teruk namun tiada sebarang kecederaan dialami kedua-dua pemandu,” katanya ketika dihubungi hari.

Ladamah berkata, kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya yang mahu melintas landasan kereta api supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika kereta api berada di landasan.

“Pemandu perlu berhati-hati dan peka apabila melintas di landasan kereta api yang kadang-kadang lampu isyarat atau pagar di laluan itu tidak berfungsi.

“Pemandu harus memberhentikan kenderaan ketika kereta api berada di landasan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya sambil menambah kejadian seperti itu pernah berlaku sebelum ini di daerah berkenaan. -Oleh Norasikin Daineh/BH Online

Keadaan Proton Saga yang dirempuh kereta api di Simpang Empat Ladasan Rata Keretapi Takis Majakir, Papar. – Foto Ihsan Polis

Komen


Berita Berkaitan