Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cuaca panas di Sabah berterusan seminggu lagi

SEORANG pencuci kereta di Tanjung Aru, Frederick John, 35, mencuci kereta pelanggan dalam cuaca panas, di Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: Cuaca panas di Sabah dijangka berterusan selama seminggu lagi, namun suhu masih dalam keadaan normal.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata suhu maksimum semasa di negeri ini ialah 33 darjah Celcius iaitu normal dan selamat.

“Cuaca panas yang dialami sekarang adalah disebabkan kurang hujan dan angin tenang sejak sebulan lalu.

“Bagaimanapun, ia masih dianggap selamat jika suhu di bawah 35 darjah Celcius,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azemi berkata, Jabatan Meteorologi akan mengeluarkan amaran gelombang haba tahap satu sekiranya kawasan mencatatkan suhu lebih daripada 35 darjah Celcius dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Berdasarkan ramalan cuaca minggu ini menerusi laman web MetMalaysia, negara berhadapan dengan suhu terendah dijangka 22 darjah Celcius dan paling tinggi 33 darjah Celcius dan hujan di satu atau dua tempat. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan