Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CUACA KURANG BAIK DI PERAIRAN SABAH AKIBAT SUPERTYPHOON MANGKHUT

Kedudukan terkini Supertyphoon Mangkhut yang sedang bergerak menuju daratan Kepulauan Luzon, Filipina dijangka akan turut memberi kesan cuaca kurang baik di perairan Sabah. Gambar SNT/Ehsan Met Malaysia

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Mangkhut) yang dijangka sampai di daratan Kepulauan Luzon, Filipina awal pagi esok boleh menyebabkan rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Berdasarkan pencerapan pukul 5 petang hari ini, Met Malaysia menyatakan jarak dari bandar terdekat di Malaysia adalah kira-kira 2,757 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.

Menurut Nasihat Taufan itu, kedudukan Supertyphoon Mangkhut berada kira-kira 516 kilometer ke Timur Laut, Manila, Filipina dan sedang bergerak ke Barat Barat Laut dengan kelajuan 25 km sejam.

Sementara itu, Met Malaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama (kuning) pada pukul 5.30 petang tadi bahawa angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan tengah Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu sehingga Isnin, 17 September 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka di kawasan perairan Tioman, Condore, Reef North dan Sulu sehingga 9 malam ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan