Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cuaca buruk tangguh misi cari MH370

 

KAPAL TLDM Bunga Emas Enam (BM6) yang selesai mencari MH370 di Lautan Hindi selamat tiba di Jeti Operasi, Pangkalan TLDM Lumut.
KAPAL TLDM Bunga Emas Enam (BM6) yang selesai mencari MH370 di Lautan Hindi selamat tiba di Jeti Operasi, Pangkalan TLDM Lumut.

Lumut: Misi mencari dan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu tidak dapat diteruskan oleh kapal hidrografi milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Mutiara berikutan cuaca buruk dengan laut yang amat bergelora di Lautan Hindi ketika ini.

Panglima Armada TLDM Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata, sehubungan itu pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada kerajaan berhubung misi berkenaan.

“Kita sudah berbincang dengan pihak pengurusan aset Kerajaan Malaysia dan memberitahu keadaan cuaca tidak menentu serta laut begitu bergelora sekarang.

“KD Mutiara masih menunggu (di pangkalan tentera laut Australia) dan tidak meneruskan operasi kerana ia mungkin mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap kapal berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan menerima ketibaan kapal Auxiliarry Bunga Mas Enam (BM6) yang selesai menjalankan misi mencari dan mengesan pesawat MH370 di permukaan serta bantuan logistik operasi berkenaan di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, di sini, semalam.

Kapal KD Mutiara yang memiliki peralatan sonar canggih berkeupayaan mengesan objek sejauh 7,000 meter di dasar laut berlepas dari Lumut pada 4 Ogos lalu dengan diketuai Pegawai Memerintah Komander Kamarul Fahmy Kamaruddin dan disertai 17 pegawai serta 135 anggota.

Mohamad Roslan berkata, pasukan itu juga masih menunggu arahan selanjutnya daripada kerajaan jika mahu menghantar kapal lain yang sesuai dalam keadaan cuaca sekarang.

 

Komen


Berita Berkaitan