Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cuaca angin kencang berterusan sehingga Rabu depan

 

Sebuah tong sampah tersadai di tempat letak kenderaan selepas diterbangkan angin kencang kira-kira 50 meter dari lokasi pembuangan sampah awam berhampiran Putatan Platinum Apartment, malam tadi. - Foto Sayangsabah
Sebuah tong sampah tersadai di tempat letak kenderaan selepas diterbangkan angin kencang berhampiran Putatan Platinum Apartment, malam tadi. – Foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam yang melanda kawasan perairan Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat di negeri ini serta Labuan dijangka akan berterusan sehingga Rabu depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, angin kencang berkenaan boleh menyebabkan ombak setinggi sehingga 4.5 meter di bahagian Kudat, manakala di Pedalaman dan Pantai Barat ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.

“Keadaan cuaca angin kencang ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, nelayan dan pantai,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter turut berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu, juga dijangka berterusan sehingga Rabu. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan