Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

CSPOC bukan sekadar “Talkshow”

10:01pm 13/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 36 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional
Tan Sri Pandikar Amin Mulia

Tan Sri Pandikar Amin Mulia

 

KOTA KINABALU- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bahawa Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) ke-23 bukan sekadar “talkshow” tetapi ia secara tidak lansung akan membantu memperbaiki sistem Parlimen negara ini.

Pandikar berkata tujuan utama persidangan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para Speaker untuk bertukar pendapat berkenaan cabaran yang dihadapi oleh Speaker dan juga ada beberapa kaedah yang telah dilaksanakan di negara Komanwel yang lain boleh di gunapakai di negara ini.

“Persidangan pada kali ini telah memberi pengalaman yang bermanfaat kerana kami (Speaker dan Pegawai Dewan) dapat bertukar pendapat dan boleh bercakap secara terang-terangan berkaitan cabaran yang dihadapi oleh para Speaker”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena penutupan CSPOC ke 23, di Dewan Undangan Negeri Sabah, disini, hari ini.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa cadangan yang telah dibuat hasil daripada persidangan pada kali ini. Di antaranya ialah memperketatkan keselamatan Parlimen dan penubuhan sebuah pusat atau biro latihan bagi alih-ahli dewan Parlimen.

Persidangan tersebut yang telah dihadiri oleh 187 delegasi daripada 43 buah negara Komanwel termasuklah Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negara Malaysia. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan