Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

CSPOC bantu perkenalkan keunikan budaya negeri Sabah ke peringkat antarabangsa

8:01am 09/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 75 views Berita Pilihan,Tempatan
Roland (kiri) dan Pandikar (kanan) ketika sidang media sempena Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel ke-23

Roland (kiri) dan Pandikar (kanan) ketika sidang media sempena Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel ke-23. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

KOTA KINABALU- Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel yang ke- 23 (CSPOC) dapat membantu dalam memperkenalkan kepelbagaian budaya dari pelbagai etnik di negeri ini ke peringkat antarabangsa.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin, tujuan utama persidangan pada kali ini adalah untuk perkenalkan dan memperlihatkan kepada speaker dan para pegawai dewan tentang keunikan budaya
masyarakat pelbagai etnik di negeri ini.

“Ini kerana sebelum ini, negara-negara Komanwel yang telah menganjurkan persidangan ini telah menunjukkan budaya di negara mereka. Oleh itu, pada persidangan kali ini, saya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sabah akan menunjukkan beberapa budaya termasuklah budaya etnik Murut yang jarang atau tidak pernah dilihat oleh mereka agar mereka mempunyai sesuatu yang boleh diperkatakan apabila balik ke negara masing-masing”, katanya

Pandikar berkata demikian semasa sidang akhbar sempena Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) di rumah kediaman beliau, di sini, hari ini.

Disamping itu, Pandikar berkata kakitangan awam di negeri ini yang terlibat dalam persediaan persidangan tersebut dapat menimba pengetahuan dari segi penganjuran sesebuah persidangan yang bertaraf dunia seperti persidangan yang bakal berlansung itu.

Selain daripada itu, pelbagai isu seperti isu alam sekitar, dadah, pemerdagangan manusia, dan isu keselamatan dalam negara yang mendapat perhatian seluruh dunia yang bakal diketengahkan semasa persidangan itu berlansung.

“Setiap negara-negara yang terlibat mungkin ada isu-isu yang ingin mereka ketengahkan dan bincangkan dengan negara-negara Komanwel yang lain”, tambahan beliau.

Turut hadir semasa sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee. –Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan