Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cristiano Ronaldo Campak Mic Wartawan Dalam Tasik

11:18am 23/06/2016 Pak Roshan 4563 views Global

ronaldo

TINDAKAN bintang bola sepak terkenal dunia yang menjadi tumpuan pada kejohanan Euro 2016, Cristiano Ronaldo mencampak mikrofon seorang wartawan ke dalam tasik menjadi viral baru-baru ini.

Wartawan dari stesen televisyen Portugal, CMTV itu dipercayai bertanyakan soalan mengenai saingan berhadapan dengan Hungary namun tak semena-mena pemain kebangsaan Portugal itu merampas mikrofon lalu mencampaknya ke dalam tasik.

 

 

Tindakan spontan Cristiano itu dikatakan adalah disebabkan ‘dendam’ lamanya terhadap stesen televisyen itu sebelum ini yang pernah membuat berita yang tidak benar mengenainya dan keluarga beberapa tahun lalu.

Malah bekas pemain Manchester United ini juga pernah menolak untuk menjawab pertanyaan wartawan dari stesen televisyen yang sama dalam satu sidang media yang diadakan dua tahun lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan