Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Contohi pendekatan Nabi Muhammad SAW dalam soal perpaduan

 BERARAK…Jamawi bersama pemimpin dan Umat Islam setempat mendahului perarakan megelilingi kampong pada majlis sambutan tersebut.
BERARAK…Jamawi bersama pemimpin dan Umat Islam setempat mendahului perarakan megelilingi kampong pada majlis sambutan tersebut.

TENOM: Umat Islam di negeri ini diminta agar mencontohi perjuangan Nabi Muhammad SAW yang sentiasa meletakkan soal perpaduan sebagai agenda utama umat Islam.

Ketua Belia  Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamawi Jaafar berkata umat Islam hendaklah mengambil contoh daripada perjuangan Rasulullah SAW dalam soal perpaduan  bagi menjadikan  pendekatan baginda dapat dilaksanakan  dalam memperkukuhkan lagi tahap perpaduan umat Islam di negara ini

Katanya, kesedaran betapa pentingnya perpaduan dan penyatuan di kalangan masyarakat amat diperlukan demi mencapai matlamat menjadikan orang Islam sebagai umat yang cemerlang dalam semua bidang

“ Dalam hubungan ini saya menyeru umat Islam  khususnya masyarakat Islam di kawasan ini, supaya mencontohi semangat perpaduan bangsa Arab di awal kebangkitan Islam yang menerima agama itu sebagai asas ke arah penyatuan bangsa” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Mauliddur Rasul Kariah Kg Jawa Sumbiling Melalap Tenom baru-baru ini.

Hadir sama Imam Daerah Tenom, Haji Jainal Amat ,Pengerusi  Penganjur  yang juga Ali ,Pengerusi Masjid Ar Rahim Kampung Jawa Melalap Sani Awang Pengerusi JKKK Kampung Jawa Samat Haji Jinuri serta hampir 500 orang masyarakat Islam setempat.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata hari ini sepatutnya pemimpin Islam meneladani sirah Rasulullah s.a.w. yang menyatukan bangsa Arab bukan atas nama bangsa atau kaum tertentu

Menurut Beliau  sejarah membuktikan bahawa perpaduan boleh dilaksanakan apabila semua pihak menerima Islam sebagai asas sebagaimana yang dianjur oleh Rasulullah menyatukan bangsa Arab.

Beliau memberi contoh dua kumpulan utama bangsa Arab ketika itu, Aus dan Khazraj yang bermusuh sejak sekian lama akhirnya dapat disatukan atas nama Islam oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin di negara ini yang inginkan perpaduan supaya menyelesaikannya dengan kaedah Islam.

“Satu pencapaian penting daripada hijrah Nabi ialah berlakunya perpaduan bangsa Aus dan Khazraj yang telah bermusuhan sejak ratusan tahun, ,oleh itu, sebarang perpecahan terutama bangsa-bangsa yang ada di negara kita ini, mesti diselesaikan dengan semuanya kembali kepada kaedah Islam,” katanya

Dalam perkembangan lain  Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, meminta ibubapa supaya sentiasa memantau serta mengawasi anak-anak mereka agar tidak terpengaruh dengan ajaran songsang yang kian menular melalui laman sosial masa kini.

Beliau menjelaskan ramai di kalangan belia kini taksub dengan ajaran agama Islam di internet tanpa menyedari ada yang menyeleweng sehingga menimbulkan kekeliruan seterusnya merosakkan akidah.

“ Dalam era kemajuan teknologi maklumat masa kini sebagai ibubapa kita perlu mengambil tahu perkembangan anak-anak kita khususnya apabila mereka melayari kemudahan enternit ,agar mereka tidak mudah dipengaruhi dengan perkara perkara negetif sehingga menjejaskan  akidah, akhlak serta jatidiri mereka “ katanya./SayangSabah

 SOKONGAN…Jamawi turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada kanak-kanak yang bakal menyertai majlis khatan beramai ramai sempana majlis tersebut.
SOKONGAN…Jamawi turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada kanak-kanak yang bakal menyertai majlis khatan beramai ramai sempana majlis tersebut.

Komen


Berita Berkaitan