Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Contohi masyarakat Cina dalam bidang ekonomi

Pairin menerima cenderakenangan  daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Dewan Tionghua Keningau Raymond Koh

Pairin menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Dewan Tionghua Keningau Raymond Koh

KENINGAU: Sifat progresif masyarakat cina dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini perlu dicontohi masyarakat bumiputera di negeri ini.                                                        

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, jika sikap sedemikian diamalkan oleh masyarakat bumiputera sudah tentu segala permasalahan seperti ketidakmampuan menangani keadaan hidup dapat diatasi.

Katanya, komitmen yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina di negeri ini khususnya di Keningau dalam melaksanakan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini memperlihatkan kesediaan mereka menghadapi keadaan ekonomi negara yang turut dialami oleh dunia seperti di negara-negara Eropah dan Timur Tengah.                       

Beliau berkata demikian semasa berucap  merasmikan sambutan pesta Tahun Baru Cina Daerah Keningau 2016 yang diadakan di padang pekan di sini pada malam Sabtu.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau dan wakil rakyat Tambunan berkata, pada masa kini  kerajaan komited mengurangkan beban rakyat walaupun keadaan ekonomi negara masa kini tidak stabil.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan