Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“Community Policing” Bantu Pihak Polis Cegah Dan Pantau Jenayah

5:25pm 06/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 37 views Tempatan
Hamisa (kiri) menerima cenderahati kenangan daripada Fadil (kanan).

Hamisa (kiri) menerima cenderahati kenangan daripada Fadil (kanan).

TAWAU- Penubuhan ” Community Policing” mampu membantu pihak polis untuk mengenalpasti suspek yang meragukan, mengawal isu Vandalisme dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai masalah jenayah yang membimbangkan.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata penubuhan ‘Community Policing’ betujuan untuk menjadi mata dan telinga pihak polis dalam memberikan laporan aktiviti yang meragukan dan seterusnya dapat mengurangkan jenayah di kawasan kejiranan.
Beliau berkata kerajaan dan seluruh rakyat negeri ini meletakkan harapan dan keyakinan yang tinggi terhadap kewibawaan, profesionalisme dan kecekapan PDRM untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan dapat dipelihara sesuai dengan moto PDRM, Tegas, Adil dan Berhemah.
Kerajaan dapat menumpukan usaha-usaha untuk memacu pembangunan dan rakyat dapat memanfaatkan pelbagai peluang bagi meningkatkan taraf sosioekonomi jika wujudnya keamanan dan kestabilan.
“Tanpa wujudnya suasana aman dan selamat, sudah tentu pelbagai dasar dan program sama ada yang dijalankan oleh kerajaan mahu pun sektor swasta, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan masyakat tidak dapat dijalankan dan mencapai matlamatnya, tambah Hamisa.
Beliau berkata demikian selepas melepaskan Konvoi Pencegahan Jenayah anjuran PDRM cawangan Tawau.
Disamping itu, Hamisa berkata bahawa tanggungjawab mencegah jenayah, meningkatkan dan mengekalkan tahap keselamatan tidak sewajarnya dibebankan kepada pihak polis semata-mata.
“Apa yang lebih penting ialah setiap anggota masyarakat juga harus memainkan peranan dan tanggungjawab sosial masing-masing bagi memastikan persekitaran kita sentiasa selamat.
“Dalam konteks ini, setiap lapisan masyarakat perlu mempunyai kesedaran terhadap jenayah dengan mengetahui apakah punca berlakunya jenayah dan akibat atau kesan negatif perlakuan jenayah kepada masyarakat serta masa depan negara, jelasnya.
Menurut Hamisa lagi, jenayah sering dikaitkan dengan masalah sosial yang berlaku dalam sesebuah komuniti. Peningkatan jenayah berat mahupun ringan sebenarnya tidak dapat dielak dengan asuhan dan didikan agama semata-mata.
Program  Pencegahan Jenayah “Community Policing” dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus.-Oleh Sayang Sabah
Hamisa dan Fadil bergambar bersama peserta Konvoi Pencegahan Jenayah

Hamisa dan Fadil bergambar bersama peserta Konvoi Pencegahan Jenayah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan