Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Comelnya… Suami Adira Dedah Wajah Anggerik

SEPERTI umum maklum, penyanyi terkenal Adira telah pun selamat bergelar ibu pada 10 Mac lalu.

Semenjak bayi perempuan yang diberi nama Anggerik ini dilahirkan, baik Adira mahupun suaminya, Datuk Red masing-masing mengambil pendekatan tidak mendedahkan terlalu awal wajah bayi perempuan mereka kepada peminat.

Namun, atas permintaan peminat, Datuk Red hari ini dilihat memuat naik wajah Anggerik di laman Instagramnya.

Perkongsian gambar Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu itu nampaknya menarik perhatian ramai pengikutnya.

Rata-rata dilihat memuji kecomelan anak sulungnya bersama Adira yang disifatkan memiliki kulit putih gebu.

Difahamkan, Adira bakal mengadakan majlis akikah untuk Anggerik pada bulan Mei ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Adira merupakan isteri kedua Datuk Red, manakala Anggerik merupakan anak keempat bagi ahli perniagaan itu. – mynewshub

 

Komen


Berita Berkaitan