Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

COMBI Luyang sedia beri bantuan untuk tangani denggi

Christina sedang menyampaikan ucapannya di hadapan sukarelawan COMBI Luyang semasa Majlis Bersama Komuniti Comuniti (COMBI) Luyang dan Penyampaian Sijil Kursus COMBI, di Venetian Club- foto Alex Mairin
Christina sedang menyampaikan ucapannya di hadapan sukarelawan COMBI  dalam Majlis Bersama Komuniti Comuniti (COMBI) Luyang dan Penyampaian Sijil Kursus COMBI, di Venetian Club- foto Alex Mairin

KOTA KINABALU- Seramai 32 sukarelawan berjaya menamatkan kursus selama dua hari bagi program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) bagi membantu menyedarkan masyarakat untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit demam denggi.

Pengarah Kesihatan Negeri, Christina Rundi berkata, peningkatan kes denggi yang dilaporkan di kawasan penampang dan Kota Kinabalu setakat ini lebih banyak berbanding tahun lalu dalam tempoh masa yang sama.

“Pihak kementerian kesihatan tidak mampu menyelesaikan masalah denggi ini tanpa kerjasama daripada masyarakat, kerjasama diperlukan bagi mengelakkan kes denggi ini terus meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Bersama Komuniti Comuniti (COMBI) Luyang dan Penyampaian Sijil Kursus COMBI, di Venetian Club, semalam.

Katanya, masalah denggi ini berpunca daripada kebersihan kawasan dalam dan luar rumah, sekiranya kawasan tersebut tidak bersih maka ia akan mengundang kepada masalah kesihatan penduduk itu sendiri.

“Saya berharap agar orang ramai melakukan pembersihan dengan lebih teliti supaya kawasan rumah bersih sepenuhnya, sekurang-kurangnya ambillah masa 10 minit dalam seminggu untuk bersihkan kawasan dalam dan luar rumah,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kumpulan sukarelawan yang sanggup membantu untuk menyedarkan masyarakat mengenai masalah denggi ini.

Tambahnya, sukarelawan COMBI ini bergerak ke rumah-rumah dan berkongsi maklumat dengan penduduk mengenai cara-cara membersihkan kawasan rumah untuk mengelakkan nyamuk membiak. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan