Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Clinton Kalah, Trump Sah Presiden AS Baharu

3:45pm 09/11/2016 Pak Roshan 2663 views Global

trump-clinton

Brexit moment Amerika… begitulah kesimpulan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016, selepas wakil Parti Republikan, Donald Trump mendapat sokongan kuat daripada mengundi negara tersebut sekaligus mengenepikan calon popular media sosial Hillary Clinton.

Clinton seperti mengaku kalah selepas dilaporkan tidak akan berada di ibu pejabat parti Demokrat untuk menyaksikan keputusan pilihanraya presiden ke 45 itu, selain itu, jurucakapnya berkata, Clinton tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan hari ini.

Manakala Trump walaupun teruk dikutuk di media sosial, namun menang di semua kawasan bermajoriti pengundi kulit putih, sekaligus menunjukkan rakyat Amerika kini memilih calon berhaluan kanan daripada calon liberal demokrat.

Berikutan itu, pasaran saham di seluruh dunia sedang menjunam, kerana tidak bersedia menerima hakikat baru, seperti yang dialmi ketika pengundi kulit putih Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Erupah (EU) baru-baru ini.

Peristiwa yang dikenali sebagai ‘Britain Exit’ atau Brexit itu menyebabkan pelabur panik sehingga hampir menjejaskan suasana politik global. Matawang pound sehingga kini mengalami kejatuhan paling teruk dalam sejarah negara itu.

Hari ini, dolar Amerika Syarikat (AS) dan pasaran saham global menjunam berikutan kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan kemenangan mengejut Trump.

Setiap saluran TV mengunjurkan pilihan raya Presiden AS kali ini begitu sengit daripada jangkaan orang ramai, menyebabkan pelabur memindahkan pelaburan mereka kepada aset yang lebih selamat.

Tindakan pelabur itu melonjakkan pasaran bon dan emas, manakala peso Mexico merekodkan kejatuhan besar apabila pusat pengundian di North Carolina memberi kemenangan kepada Trump.

Sehingga 0410 GMT, Trump mendahului pesaingnya daripada Demokratik, Hillary Clinton dengan kelebihan enam undi iaitu 215 – 209, dengan beberapa pusat pengundian utama belum memperoleh keputusan. diputuskan.

Calon presiden memerlukan 270 undi untuk menang.

Niaga pasaran hadapan AS susut lebih 4.5 peratus, kerugian yang menyerupai ketika rakyat British mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada bulan Jun lalu, mengakibatkan pasaran saham kerugian bernilai trilion dolar.

Pasaran bimbang bahawa kemenangan Trump boleh menyebabkan kegawatan ekonomi dan perdagangan global, serta tidak merangsang Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah pada bulan Disember ini seperti yang dijangkakan.

Di Korea Selatan, pihak berkuasa negara itu terpaksa campur tangan untuk menstabilkan mata wang mereka, dan peniaga khuatir jika bank pusat di seluruh dunia akan turut campur tangan untuk meredakan kebimbangan.

Suasana di Mexico lebih membimbangkan apabila peso menjunam lebih 12 peratus berbanding dolar AS dalam pergerakan harian terbesar dalam tempoh dua dekad. Mexico itu bimbang kemenangan Trump akan menjejaskan ekonomi eksport negara itu.

Saham Asia juga terjejas teruk, dengan indeks luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun turun lebih daripada tiga peratus pada satu ketika, dan Nikkei tenggelam hampir lima peratus.

Namun, mata wang Jepun memberi reaksi berbesar terhadap kemungkinan kemenangan Trump apabila dolar AS susut 3.5 peratus berbanding ¥ 101,70, manakala euro melonjak 2.2 peratus kepada $1,1265.

Sementara itu, proses pengundian dan pengiraan undi bagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dijalankan dengan kawalan keselamatan dan perlindungan tahap tertinggi yang menjadikannya hampir mustahil untuk dimanipulasi.

Apabila maklumat pengundi berdaftar disahkan di sebuah pusat pengundian, mereka akan diberikan kertas undi yang betul berdasarkan kawasan dari mana mereka datang.

Kertas undi ini akan disahkan sekali lagi oleh pegawai pilihan raya sebelum dipangkah oleh pengundi, dimasukkan dalam samput surat dan diletakkan di dalam peti undi.

Semua berlaku dalam bilik yang selamat, di bawah pemantauan beberapa pegawai polis, pegawai pilihan raya dan wakil parti.

Ia satu proses yang berjalan dengan lancar dan telus, kata Lembaga Pilihan Raya Cuyahoga County di Cleveland.

“Dalam minggu ini, kebanyakan pengundi boleh keluar dan masuk dari pusat pengundian dalam tempoh maksimum 10 hingga 15 minit,” kata penolong eksekutif kepada pengarah, Greg Beyer.

Hanya sebuah pasukan dari kedua-dua Parti Demokrat dan Republikan dibenarkan untuk mengosongkan kotak-kotak undi di sebuah gudang yang terletak di tempat lain.

Mengikut undang-undang, proses pengundian awal dibuka sehingga 19 hari sebelum hari pengundian sebenar.

Ia kemudiannya diimbas dan dikira oleh sebuah mesin besar yang boleh menampung kertas undi yang banyak.

Namun, jumlah undi awal yang diperolehi tidak akan dijumlahkan sehingga proses pengundian ditutup pada hari mengundi sebenar.

Mesin-mesin itu mempunyai kad memori yang ditarik keluar setiap malam untuk merekodkan undi terbaharu.

“Bagi setiap mesin, ia mempunyai wakil Parti Demokrat dan Republikan yang meletakkan kad memori dengan cara selamat, dengan kedua-duanya menyimpan separuh daripadanya.

“Apabila pemilihan ditutup secara sah, mereka akan menarik keluar kad memori tersebut dan memuat naik jumlah undi,” kata Brent Lawler, pengurus yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan calon dan pengundi di pejabat pilihan raya negara itu.

Lawler berkata proses pengiraan undi adalah selamat kerana mesin tidak dihubungkan dengan Internet dalam apa jua cara.

Setiap bilik yang mengandungi kertas undi juga dikawal ketat.

“Sepanjang tempoh 16 tahun saya berada di sini, menguruskan pengundi tidak hadir, adalah mustahil untuk memanipulasi proses pengiraan undi,” katanya.

Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump berulang kali mendakwa pilihan raya presiden pada tahun ini dimanipulasikan dan enggan mengesahkan sama ada dia akan menerima keputusan tersebut jika tewas.

Trump turut menggesa penyokongnya supaya memantau pusat pengundian sehingga proses membuang undi selesai apabila mendakwa berlaku ‘penipuan pengundi secara meluas – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan