Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cliff Kamijan ditemui selamat

clif

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada 15 December yang lalu telah ditemui dalam keadaan selamat dan kesihatan yang baik, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata, Orang Hilang (OH) Cliff Kamijan  telah sengaja pergi ke Sandakan tanpa memaklumkan sesiapa kerana masalah peribadi dan tekanan.

“OH telah balik ke Kota Kinabalu kelmarin melalui Tuaran dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran sehingga ditemui,”katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Chandra turut menyatakan, siasatan lanjut pihak polis mendapati kes berkenaan tidak melibatkan unsur jenayah kerana ia adalah atas kerelaan OH sendiri.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan