Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

City yakin tidak langgar peraturan

mCITY

Manchester: Mancheser City yakin mereka tidak melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP) UEFA apabila mengambil Frank Lampard(gambar) secara pinjaman.

Pemain tengah berusia 36 tahun itu sudah menandatangani perjanjian dua tahun dengan kelab dari MLS, New York City, satu daripada kelab adik beradik Manchester City.

Namun pasukan dari Amerika Syarikat itu tidak akan bermain dalam liga sehingga Mac depan, jadi Lampard akan bermain buat pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu sehingga Januari.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger membangkitkan keraguan hujung minggu lalu sama ada pinjaman ke atas Lampard itu mengambil kira kelab dia menandatangani kontrak — mematuhi peraturan FFP untuk menghalang kelab daripada membelanjakan wang lebih daripada apa yang mereka terima.

City gagal dalam ujian FFP UEFA musim lalu dan mesti memasukkan lima pemain sendiri dalam kalangan 21 pemain Liga Juara-Juara — yang mungkin akan menyenaraikan Lampard.
Bagaimanapun City, berpegang teguh kepada kepercayaan betapa mereka tidak menyalahi peraturan UEFA dalam usaha mendapatkan Lampard.

Peraturan UEFA mengatakan perpindahan Lampard secara pinjaman masih mengikut peraturan FFP kerana City membayar gaji bekas pemain tengah Chelsea itu seperti dikatakan mereka.

Walaupun Manchester City, New York City dan Melbourne City, semuanya dimiliki oleh syarikat utama, City Football Group, yang juga memiliki saham dalam Yokohama Marinos, namun mereka melakukan perniagaan secara persendirian.

Berdasarkan fakta itu, City percaya hubungan dengan kelab adik-beradik itu tidak berbeza dengan dengan perjanjian kelab sokongan – sebagai contoh perjanjian Chelsea dengan kelab Belanda, Vitesse Arnhem. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan