Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cipta lagu atas kapal, Patin Band lancarkan album ‘Masih di Sini’

11:26pm 15/02/2016 Leolerry Lajius 103 views Hiburan,Tempatan
(Dari kiri) Leo, Jun, Shaul dan Aldo.-Gambar Oleh Jimmy Tan

(Dari kanan) Leo, Jun, Shaul dan Aldo.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Ditubuhkan sejak tahun 2013 sebuah kumpulan band tempatan yang bernaung di bawah Purpose Record  iaitu Patin Band telah melancarkan album pertama mereka yang berjudul ‘Masih Di Sini’.

Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh gitaris kumpulan tersebut iaitu Jun yang mendapat ilham lirik lagu tersebut ketika berada di atas kapal.

“Saya telah mencipta lagu ini sejak tahun 2013 lagi dan mendapat inspirasi berdasarkan kisah benar iaitu berkaitan dengan rakan karib saya yang telah meninggal dunia,”katanya.

Band tersebut yang mengetengahkan muzik versi rock berazam untuk membawa industri muzik di Sabah ke peringkat yang lebih tinggi dan telah menyediakan beberapa lagu lagi yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Vokal kumpulan tersebut ialah Leo yang berasal dari Kudat, gitaris pula adalah Jun yang berasal dari Tawau, Drum adalah Shaul yang berasal dari Kota Kinabalu dan bass dimainkan oleh Aldo yang juga berasal dari Kota Kinabalu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

(Dari kanan) Leo, Shaul, Jun dan Aldo menunjukkan album pertama mereka.-Gambar Oleh Jimmy Tan

(Dari kanan) Leo, Shaul, Jun dan Aldo menunjukkan album pertama mereka.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan