Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cinta Tak Kenal Siapa

WALAUPUN dibatasi kerusi roda, ia tidak menghalang Burcaw dan Anna menikmati hidup bahagia sebagai pasangan kekasih.
WALAUPUN dibatasi kerusi roda, ia tidak menghalang Burcaw dan Anna menikmati hidup bahagia sebagai pasangan kekasih.

London – Ramai beranggapan wanita yang sering menemani lelaki kurang upaya ini jururawat yang ditugaskan untuk menjaganya, namun jawapan yang diterima membuat orang lain bingung – dan mungkin ‘terhina.’

Shane Burcaw lahir dengan kecacatan genetik menyebabkan dia mengalami penyakit dikenali sebagai spinal muscular atrophy.

Keadaan itu menyebabkan Burcaw, 22, terpaksa bergantung hidup kepada kerusi roda untuk bergerak.

Keadaan itu dialami Burcaw sejak dia berusia tiga tahun.

Namun, nasib tidaklah sepenuhnya malang untuk Burcaw.

Kini menjadi penulis dan kolumnis, Burcaw menambat hati Anna Reinalda sejak beberapa bulan lalu.

Ketika keluar atau berjanji temu, orang ramai biasanya menganggap Burcaw ditemani seorang jururawat jelita.

Kekeliruan itu mendorong Burcaw menulis penjelasan dalam akhbar The Morning Call beberapa hari lalu.

“Sesetengah orang mungkin mempunyai masalah menilai gadis yang sebenarnya masih berupaya kelihatan cantik walaupun berpacaran dengan lelaki berkerusi roda.

“Sering kali kekasih saya ditanya jika dia adalah jururawat saya. Pernah sekali, ada orang bertanyakan sama ada Anna adalah adik atau kakak saya.

“Kami akhirnya lali dengan situasi sedemikian dan sentiasa mencari cara untuk membalasnya dengan jenaka,” tulisnya.

Pengalaman itu membentuk persepsi baru kepada Burcaw dan Anna.

“Kebanyakan orang cepat membuat kesimpulan salah apabila melihat seseorang berkerusi roda,” katanya.

Kini pasangan itu lebih bersedia untuk menjelaskan kepada orang lain jika ditanya mengenai soalan sama.

Anna akan menjawab: “Dia bapa saya,” manakala Burcaw pula memberitahu: “Ya, saya membayar wanita ini untuk menjadi rakan saya.” – Agensi

Komen


Berita Berkaitan