Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cinta hampa

REMAJA perempuan cuba terjun dari permainan buaian roda di tapak pesta ria.
REMAJA perempuan cuba terjun dari permainan buaian roda di tapak pesta ria.

Tawau: Suasana tenang di tapak pusat pesta ria di bandar ini bertukar kecoh selepas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilihat seolah-olah cuba terjun daripada buai roda ferris setinggi hampir enam meter, jam 5 petang kelmarin.

Remaja terbabit menaiki permainan itu sebelum berdiri di palang besi buaian dan dilihat seolah-olah mahu terjun.

Kejadian berlaku hampir 20 minit sebelum remaja terbabit dipujuk anggota polis dan bomba untuk turun.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 36 tahun yang juga ibu kepada remaja terbabit.

“Ia dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di mana kononnya ibu remaja terbabit cuba menyekat kebebasan remaja itu untuk bersama teman lelaki. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan