Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cili ‘Nafas Naga’ boleh membunuh

12:18pm 18/05/2017 Pak Roshan 37 views Global

SMITH dengan cili Nafas Naga yang didakwa yang paling pedas di dunia. FOTO Agensi

London: Seorang chef menghasilkan cili diakui yang paling pedas di dunia dan kepedasannya dikatakan boleh membawa maut.

Cili digelar ‘Dragon’s Breath’ (Nafas Naga) dihasilkan untuk digunakan dalam rawatan perubatan sebagai anestetik kerana minyak dihasilkannya mampu mengebaskan kulit.

Mike Smith, 53, dari Wales Utara menanam cili dan sayur sejak tujuh tahun lalu, lapor Daily Post.

Kepedasan cili itu mampu menyebabkan kejutan ala anafilaksis dengan melecurkan saluran udara pemakannya seterusnya menyebabkannya tertutup.

Malah ia lebih pedas daripada semburan lada digunakan tentera Amerika Syarikat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan