Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cikgu tidur.. mari kita main!

Gambar Yadav yang sedang tidur di dalam kelas.

 

SEORANG guru di sebuah sekolah di India dikenakan tindakan disiplin selepas gambarnya tidur dengan kaki di atas meja ketika waktu mengajar di kelas tersebar di Internet.

Ashok Kumar Yadav yang bertugas di Sekolah Urdu di Maddhipur di negeri Bihar dilaporkan tidur di dalam kelas, sementara pelajarnya menunggu dia bangun bagi meneruskan pelajaran.

Menurut laporan News18, gambar itu dirakam seorang pelajar dan Yadav dikatakan terus tidur walaupun loceng berbunyi, menandakan tamat waktu persekolahan.

Guru besar sekolah itu memberitahu News18, dia sedar dengan sikap Yadav dan beberapa kali menasihatinya tetapi tidak diendahkan guru itu.

Pegawai pendidikan turut memberitahu, dia menerima banyak laporan mengenai sikap Yadav, namun tiada tindakan terhadap lelaki itu.

Bagaimanapun, Yadav kini diberi amaran dan surat tunjuk sebab selepas gambarnya yang sedang tidur itu tular di media sosial di India.

Seperti kebanyakan negeri di India, Bihar antara yang mempunyai sistem pendidikan yang bercelaru dan sikap guru yang malas mencetuskan persoalan mengenai realiti dunia pendidikan di negara itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan