Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Christmas Tree Lighting’, Sutera Harbour Resort

12:35pm 02/12/2015 Leolerry Lajius 145 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: The Sutera Harbour Resort telah mengadakan satu majlis untuk merayakan Hari Natal yang akan tiba tidak lama lagi.

Majlis ‘Christmas Tree Lighting’ yang diadakan di Magellan Sutera Resort itu disambut meriah dengan kehadiran pengunjung tempatan dan juga pelancong luar negara yang menginap di Resort tersebut.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan Koir, nyanyian dan tarian yang melibatkan kanak-kanak seawal usia 4 tahun.

Seramai 25 orang kanak-kanak dari Seri Mengasih juga dijemput untuk turut memeriahkan majlis.

Pihak Sutera Harbour juga turut mengalu-alukan orang ramai untuk mengunjungi “Gingerbread House” di resort tersebut yang menjual pelbagai jenis makanan yang boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

SUTERA

Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan