Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CHRISTINA AKAN TUNAIKAN JANJI KEPADA API-API

Christina (tengah) bersama-sama dengan wakit DBKK dan masyarakat Chong Village Sunny Garden melawat kawasan berkenaan. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew akan menunaikan janji-janji beliau yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan Api-api.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api itu berkata beliau akan menggunakan dana pembangunan yang diperuntukkan bagi membantu permasalahan yang dihadapai oleh kawasannya.

“Saya akan menggunakan dana pembangunan yang diperuntukkan ini untuk membangunkan infrastruktur di kawasan saya sebagai mana yang dijanjikan sebelum ini.

“Banyak aduan yang saya telah terima seperti jalan di Chong Village Sunny Garden serta struktur bangunan yang usang di kawasan Sinsuran dan Segama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan hari ini ke Chong Village Sunny Garden yang juga sebuah penempatan di sekitar kawasan Api-Api yang mempunyai masalah perhubungan jalan raya sempit dan tidak sesuai untuk digunakan pada masa kini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian itu berkata, bagi mengotakan janji tersebut, beliau akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan kontraktor-kontraktor yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja-kerja pembinaan kelak. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan