Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Christiano Ronaldo Pulangkan Telefon Bimbit Yang Ditemui

cr7

SEKALI lagi bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo membuktikan bahawa beliau sememangnya memiliki hati yang sangat mulia.

Baru-baru ini, bintang pasukan Real Madrid itu telah menarik perhatian orang ramai selepas beliau telah bertindak memulangkan semula telefon bimbit yang ditemuinya kepada pemilik secara peribadi.

CR2

Nasib malang menimpa seorang gadis, Austin Woolstenhulme, dari Amerika Syarikat itu bertukar menjadi ceria selepas dia mendapat tahu bahawa telefon bimbitnya yang hilang di Las Vegas selamat di tangan pemain bola tersebut.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Austin dan rakan-rakannya di laman sosial dan mendapat perhatian umum, memang beruntung sangat Austin kerana menemui telefon bimbitnya kembali sekali gus dapat bertemu dengan Christiano secara peribadi.

CR3

CR

Christiano juga dikatakan telah membeli makan malam kepada Austin dan rakan-rakannya di sebuah restoran mewah selepas memberikan semula barang milik Austin. – Agensi/MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan