Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Chris Brown dihalang tinggalkan Filipina

Brown
Brown

Manila: Penyanyi popular Amerika Syarikat, Chris Brown dihalang meninggalkan Filipina semalam selepas sebuah kumpulan Kristian menuduh dia melanggar perjanjian untuk beraksi dalam satu konsert pada tahun lalu.

Biro imigresen Filipina berkata, Brown, 25, yang membuat persembahan di Manila kelmarin perlu menyakinkan pihak berkuasa untuk tidak mengenakan dakwaan terhadapnya sebelum dibenar meninggalkan negara itu.

Kumpulan Iglesia ni Cristo mendakwa Brown gagal membuat persembahan dalam konsert malam Tahun Baru anjuran kumpulan itu pada 31 Disember tahun lalu.

Ketua pegawai operasi Iglesia ni Cristo, Glicerio Santos dalam satu surat kepada jabatan undang-undang mendakwa Brown dan pengurusnya di Filipina menipu kumpulan itu.

“Kami menghargai bantuan yang boleh diberikan kepada kami terhadap penerbit dan penyanyi ini kerana menipu bagi mendapatkan wang daripada syarikat di negara ini,” kata surat berkenaan.

Brown sebelum ini menjelaskan bahawa, dia tidak dapat datang ke Filipina untuk konsert berkenaan kerana pasportnya hilang.

Sementara itu, jurucakap jabatan undang-undang memberitahu, pendakwa raya sedang meneliti aduan kumpulan berkenaan bagi mengenalpasti terdapat asas untuk mengenakan tuduhan jenayah terhadap Brown. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan