Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Chong Wei tumbang pusingan pertama All England

9:24am 10/03/2016 Pak Roshan 471 views Mutakhir,Sukan
Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

BIRMINGHAM: Pemenang tiga kali kejuaraan, Datuk Lee Chong Wei tewas mengejut pada pusingan pertama Kejohanan All England di sini, malam tadi.

Pemain pilihan kedua kejohanan itu tunduk kepada pemain India, B Sai Praneeth 24-22, 22-20 dalam perlawanan terakhir pusingan berkenaan.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan 21 kemenangan berturut-turut Chong Wei yang merangkumi kejuaraan Perancis, China, Hong Kong dan Malaysia sejak Oktober lalu.

Praneeth dinaikkan ke peringkat utama saingan selepas melepasi pusingan kelayakan susulan rakan senegaranya yang juga juara Komanwel, Parupalli Kashyap menarik diri akibat kecederaan lutut – AP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan