Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Chong Wei sambut baik cadangan Khairy

lcw2

Kuala Lumpur: Cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Persatuan

Badminton Malaysia (BAM) agar mewujudkan jawatan pengarah teknikal disambut baik jaguh

perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei, dengan menyifatkan saranan itu amat bertepatan

demi pembangunan sukan badminton di negara ini.

Chong Wei yang baru tiba kelmarin daripada tugasan Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark,

menyaksikan pemain nombor satu dunia itu terus kempunan mendakap mahkota juara dunia

apabila tewas mengejut ditangan pilihan kedua kejohanan dari China, Chen Long dengan

keputusan 21-19, 21-19 pada aksi final.

“Idea itu cukup bagus sekali dan beliau (Khairi) ingin membantu sukan negara dan ia bukan saja

tertumpu kepada sukan badminton semata-mata.

“Malah banyak lagi sukan lain yang beliau akan bantu juga dengan hasrat ingin melihat sukan

negara maju ke depan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen dan

Lagu Salute Malaysia di Kampus Kota Universiti Kuala Lumpur (UniKL), semalam.

Saranan Ahli Parlimen Rembau itu hadir selepas kemelut dalaman yang melanda badan induk

badminton itu terutama melibatkan isu kejurulatihan.

Menurut Khairy, BAM ketika ini perlu melantik pengarah teknikal bagi mengasingkan peranan

antara jurulatih dan juga bahagian lain dalam pembangunan sukan badminton. Ketiadaan

pengarah teknikal sehingga kini dipercayai sebagai penyumbang kepada kepincangan badan induk

badminton itu dalam melahirkan bintang baru badminton negara.

Sementara itu, dalam perkembangan sama Chong Wei akan turun memulakan latihan hari ini

bagi menghadapi saingan lebih mencabar di Sukan Asia dalam usahanya memburu pingat emas

pertama selepas kali terakhir dimenangi oleh mendiang Datuk Punch Gunalan pada 1970 di

Bangkok, Thailand.

Komen


Berita Berkaitan