Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan kemaraannya ke separuh akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong, semalam. 

Pemain pilihan kelapan kejohanan itu mengejutkan pemain pilihan kedua, Son Wan Ho dari Korea Selatan, 21-11 dan 21-12 di dalam perlawanan suku akhir berlangsung di Coliseum Hong Kong, menurut laman sesawang Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfworldsuperseries.com.

Chong Wei yang juga juara empat kali kejohanan itu akan berhadapan pemain muda China, Shi Yuqi dalam perlawanan separuh akhir esok.

Shi Yuqi, pemain pilihan keenam kejohanan melangkah ke separuh akhir selepas mengejutkan pemain pilihan ketiga dan rakan senegara, Lin Dan, 13-21, 21-17 dan 21-15 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Bagaimanapun, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin/Tan Wee Kiong tersingkir daripada kejohanan selepas tumpas 14-21 dan 17-21 kepada pilihan utama Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan