Pemain No. 1 dunia itu melakar kemenangan straight sets 21-12, 21-10 menewaskan wakil dari China, Shi Yuqi dalam tempoh 45 minit. Kali pertama Chong Wei memenangi kejohanan badminton tertua di dunia itu pada 2010, 2011 dan 2014.

Itu merupakan kemenangan ketiga Chong Wei ke atas lawan yang sama selepas kali pertamanya melakukannya di Terbuka Kanada pada 2015 dan Terbuka Jepun setahun kemudian. – UTUSAN ONLINE