Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Chong Wei Hampiri Gelaran Kelima Terbuka Jepun

lcw

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran kelima Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2014 selepas layak ke final di Tokyo, pada Jumaat.

Pada perlawanan separuh akhir, Chong Wei, selaku juara bertahan, mengambil masa 47 minit untuk membenam pemain tuan rumah berusia 24 tahun, Kenichi Tago, 21-15 dan 21-17.

Chong Wei, 31, dijangka tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan gelaran apabila bertemu pemain Hong Kong, Hu Yun, pada final esok.

Hu Yun, selaku pemain pilihan kelapan, menempah slot final apabila mengejutkan pemain pilihan ketiga, Jan O Jorgensen dari Denmark dengan 21-13, 19-21 dan 21-15 pada satu lagi pertarungan separuh akhir selama 62 minit.

Untuk rekod, Chong Wei mengekalkan rekod bersih dalam enam pertemuan dengan Hu Yun sebelum ini dengan kali terakhir menewaskan pemain itu 21-12 dan 21-9 pada suku akhir Terbuka Malaysia tahun lepas.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah menjuarai Terbuka Jepun sebanyak empat kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2010, 2012 dan 2013.

Komen


Berita Berkaitan