Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Chong Wei Gagal Pertahan Juara, Ditewaskan Lin Dan

BEIJING – Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas straight set 13-21, 15-21 kepada musuh tradisinya dari China, Lin Dan dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan.

Jaguh badminton Malaysia yang dianggap pemain pilihan kejuaraan tersebut dan berada pada ranking No.1 dunia itu dilaporkan ‘tumbang’ di hadapan ribuan penonton tuan rumah yang memenuhi Gimnasium Pusat Sukan Wuhan.

Untuk rekod, kedua-dua pemain ini telah bertemu sebanyak 38 kali dengan yang paling baharu ketika final Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak awal bulan ini yang menyaksikan pemain China itu juga menang 21-19, 21-14.

Chong Wei yang juga juara bertahan kejohanan itu, adalah satu-satunya wakil Malaysia yang berjaya meneruskan cabaran seterusnya dalam kejuaraan tersebut selepas dua lagi wakil negara tewas kepada lawan masing-masing.

Beliau sebelum itu mengetepikan cabaran Hsu Jen Hao dari Taiwan 21-18, 21-13, manakala Lin Dan menewaskan seorang lagi pemain Taiwan, Chou Tien Chen 21-14, 21-12, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia.

Pemain ranking kelapan dunia itu hanya mengambil masa 52 minit untuk menewaskan Chong Wei. Lin Dan akan bertemu rakan senegara, yang juga pemain nombor 9 dunia, Chen Long setelah mengatasi Shi Yuqi 21-19, 21-15.

Chong Wei selepas ini bakal beraksi dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos depan, manakala juara bertahan kejohanan tersebut, Chen Long terlepas tiket kelayakan secara automatik.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen


Berita Berkaitan