Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Chong Wei bakal terima hadiah kondo RM1.5 juta

3:52pm 24/08/2016 Pak Roshan 715 views Mutakhir,Sukan

lcw

KUALA LUMPUR: Sebagai penghargaan kepada jasa Datuk Lee Chong Wei kepada negara, sebuah syarikat pemaju hartanah bersedia menghadiahkan sebuah unit kondominium yang dijangka bakal siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Pengarah Pengurusan Orando Holdings, Datuk Eng Wei Chun mahu memberi kondominium Lavile di Taman Maluri di Cheras yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta itu selepas jaguh badminton berkenaan melawat ruang pameran Lavile di Cheras sebelum berangkat ke Olimpik Rio.

“Saya mahu membuat kejutan. Beliau sudah banyak berjasa kepada negara.

“Kami mahu negara ini mempunyai masa depan yang cerah dan kekal harmoni. Sukan melakukannya.

“Ini adalah cara saya bagi mempertingkatkan sukan kita untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah lagi,” kata Wei Chun dalam kenyataan yang dipaparkan dalam sebuah portal hartanah hari ini. – Agensi/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan