Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

China jatuhi hukuman mati ketua polis kerana rasuah

8:57am 12/11/2016 Pak Roshan 621 views Global

china

SHANXI: Sebuah mahkamah China menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas ketua polis di pedalaman Mongolia selepas sabit kesalahan membunuh, rasuah, dan memiliki senjata api serta bahan letupan, lapor media semalam.

Mahkamah di Taiyuan City di wilayah utara Shanxi memutuskan bahawa Zhao Liping, 65, bersalah membunuh seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Li pada Mac tahun lalu, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Media kerajaan sebelum ini melaporkan, mangsa dipercayai perempuan simpanan beliau yang ditikam dan ditembak kemudian dibakar mayatnya selepas mangsa mengancam untuk mendedahkan tingkah laku buruknya.

Dia juga menerima dua juta yuan (RM1.2 juta) suapan dan menyimpan 91 peledak di pejabatnya ketika berkhidmat sebagai ketua polis Mongolia pada 2008 hingga 2010, kata Xinhua.

Dia ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita tahun lalu dan didakwa secara rasmi pada Februari 2016. – Agensi/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan