Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

China haramkan lelaki berjambang naik bas

berjambang

BEIJING – CHINA.  Pihak berkuasa Karamay di wilayah Xinjiang, China telah mengharamkan penduduk berjambang atau berpakaian Muslim menaiki bas awam dan mereka yang mengingkari arahan akan ditahan.
Menurut laporan media Karamay Daily, mereka yang memakai niqab, hijab, burka atau sebarang pakaian yang mempunyai simbol bintang dan bulan sabit dilarang mengambil bas tempatan untuk ke mana-mana di sekitar bandar.
Jurucakap Kongres Uyghur Dunia (WUC) Dilxat Reaxit berkata, pengharaman tersebut mendorong kemarahan kumpulan hak asasi manusia luar negara dan menyifatkan sekatan ke atas kebebasan agama dan budaya masyarakat minoriti Islam Uighur telah mencetuskan
ketegangan.
“Sekatan yang dikenakan oleh Karamay adalah langkah diskriminasi biasa yang menambahkan lagi ketegangan antara Uighur dan Beijing,”katanya dipetik Channel News Asia
Difahamkan, keputusan terbabit dikeluarkan sehari selepas ketua masjid terbesar di China yang dilantik kerajaan terbunuh selepas mengimamkan solat subuh di bandar Kashgar.
Ramadan lalu, kerajaan China menguatkuasakan larangan berpuasa ke atas pelajar dan kakitangan kerajaan selain telah menggalakkan penduduk tempatan di wilayah terbabit tidak memakai tudung.

Komen


Berita Berkaitan