Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

China Buka Kilang Klon Lembu

11:52am 06/12/2015 Pak Roshan 306 views Global

lembu

TIANJIN – Lebih 200 tahun lalu, ahli ekonomi Britain, Thomas Robert Mathus meramalkan bahawa bumi akan kehabisan sumber makanan untuk menampung penduduk global yang makin bertambah.

Bagaimanapun, kemajuan bidang biologi sintetik dan kejuruteraan genetik akan menyebabkan berlakunya peningkatan luar biasa bekalan makanan dunia berbanding peningkatan menerusi kaedah biasa seperti diramalkan Mathus.

China sebagai contoh, sedang mengorak langkah untuk memanipulasi bekalan makanan negara itu dengan kaedah kejuruteraan genetik, berbanding meningkatkannya dengan kaedah tradisi.

Pada tahun 2016, Kumpulan Boyalife merancang untuk membuka sebuah kilang klon lembu baharu di Tianjin, di utara China yang mampu menghasilkan lebih sejuta ekor lembu setahun, menjelang tahun 2020.

Logiknya adalah mudah, penternak lembu China gagal memenuhi permintaan daging negara itu dan terpaksa bergantung dengan bioteknologi untuk penyelesaian.

Projek klon komersial itu dilakukan dengan kerjasama antara Sinica, anak syarikat Kumpulan Boyalife; Institut Perubatan Molekular, Universiti Selatan; Akademi Bioperubatan Bersama Antarabangsa Tianjin dan Yayasan Kajian Bioteknologi Sooam, Korea Selatan.

Pelannya adalah untuk menyiapkan kilang klon komersial bernilai AS$42 juta (RM176.68 juta) pada separuh pertama tahun 2016 dan kemudian memulakan pengeluaran sebanyak 100,000 ekor lembu setahun.

Dalam masa lima tahun, kilang itu dijangka meningkatkan penghasilan kepada sejuta lembu setahun. Ia adalah peningkatan luar biasa bekalan makanan daripada sifar kepada 100,000 ekor dan kemudian kepada sejuta lembu hanya dalam tempoh lima tahun.

Jumlah itu menakjubkan kerana China jelas sedang cuba mendapatkan bekalan daging sebanyak mungkin, hingga ke tahap negara luar boleh menempah daging beku atau daging siap masak Australia, dari China.

Pada Julai lalu, China memeterai perjanjian eksport lembu hidup dengan Australia untuk memenuhi peningkatan permintaan dagingnya. Mulai tahun 2016, China dijangka membelanjakan AS$2 bilion (RM8.41 bilion) setahun untuk mengimport sejuta lembu setahun dari Australia. – AGENSI

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan