Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CHILD menerima sumbangan RM100 ribu

Musa (tengah) menyertai program Walk for Autism di Perdana Park Tanjung Aru yang dianjurkan oleh CHILD.Gambar Oleh JKM
Musa (tengah) menyertai program Walk for Autism di Perdana Park Tanjung Aru yang dianjurkan oleh CHILD.Gambar Oleh JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datu Seri Panglima Musa Hj. Aman mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada Caring and Helping Individual Learning and Development (CHILD) Sabah, ketika program ‘Walk for Autism’ yang diadakan di Perdana Park, Tanjung Aru, kelmarin.

Menurut beliau sumbangan itu adalah sebagai salah satu inisiatif bantuan kepada CHILD dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Autism.

“Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program seumpama ini yang merupakan antara platform terbaik untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai Autism, “katanya ketika ditemui media semasa program tersebut.

Sementara itu, Exco CHILD Prudence Lingham berharap agar lebih banyak program seumpama ini yang akan dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Autism.

“Di Malaysia, nisbah yang menunjukkan penghidap Autism adalah 1/681 dan ia merupakan salah satu penyakit yang menunjukkan peningkatan dengan cepat,”katanya.

Seramai 2005 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut yang bukan sahaja melibatkan aktiviti berjalan tetapi juga diisi dengan pelbagai aktiviti yang lain. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan