Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Chef robot hidang ramen

9:35am 16/01/2016 Pak Roshan 2 views Global
ROBOT berkenaan menyediakan ramen di restoran di Shanghai.

ROBOT berkenaan menyediakan ramen di restoran di Shanghai.

Beijing: Robot semakin menguasai dunia termasuk di restoran menjual mi segera, malah mungkin berjaya dengan ramen lazat yang mampu dihidangkan dalam masa kurang dua minit.

Dua ‘chef’ terbaru di sebuah gerai ramen Jepun di Jalan Daming, Shanghai, dikenali sebagai Koya dan Kona, mampu membuat semangkuk mi segera daging ala Jepun secara mekanikal.

Walaupun robot berkenaan tidak mampu membuat sendiri mi yang digunakan untuk hidangan itu, ia tiada masalah menjerang air dan menghidangkannya kepada pelanggan dengan jumlah sup secukupnya.

Pemilik chef robot itu, Liu Jin memberitahu Shanghai Daily bahawa dua robot berkenaan dicipta sebuah syarikat Jepun dan keseluruhannya bernilai 1 juta yuan (RM668,000).

Jika difikirkan untuk jangka panjang, ia satu pelaburan baik kerana sama nilainya dengan jumlah gaji perlu dibayar kepada dua chef manusia bagi tempoh enam tahun.

“Lagipun, robot pekerja yang baik dan tidak bermasalah langsung. Ia tidak akan sakit atau meminta cuti,” katanya.

Satu mangkuk ramen berharga 58 yuan (RM38) – sekurang-kurangnya dua kali ganda bayaran di restoran ramen yang sedia ada di mana saja.

Kedai itu dibuka pada Disember lalu dan masih beroperasi. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan