Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Che Hor Khor Anjur Perarakan Kereta Berhias Sempena Hari Jadi TYT Sabtu Ini

 

Tan (kanan) menunjukkan laluan perarakan kepada Tun Juhar. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pendidikan Akhlak (Che Hor Khor) Penampang akan menganjurkan perarakan kereta berhias sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Ke-65 di kawasan Bukit Padang, Sabtu ini.

Pengerusi (Che Hor Kor), Penampang, Ir.Tan Kok Jyh berkata perarakan tersebut melibatkan golongan pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Kota Kinabalu serta persatuan bukan kerajaan (NGO).

“Perarakan ini adalah sempena meraikan hari jadi TYT Ke-65 dan akan diadakan di kawasan lapang berhampiran gereja di Bukit Padang pada Sabtu ini.

“Tujuannya adalah untuk menonjolkan seni dan budaya serta mempamerkan keharmonian kaum di Sabah, di samping membantu memperhebatkan sektor pelancongan Sabah.

Tun Juhar bersalaman dengan ahli rombongan Che Hor Khor Penampang. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

“Perarakan kali pertama ini akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, NGO dan ahli-ahli yang dijemput dari beberapa negara seperti Thailand, Sinngapura dan China agar sama-sama kita meraikan dan menghayati perpaduan kaum.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Selasa.

Tan dan ahli rombongan persatuan berbincang dengan TYT tentang program perarakan. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Menurut beliau, pertubuhan yang ditubuhkan sejak 16 tahun lalu kini mempunyai keahlian mencecah 300 ahli bagi Daerah Penampang dan melebihi 10 ribu ahli di Sabah.

Tambahnya, pertubuhan berkenaan juga mengadakan program lain seperti derma darah, menyalurkan bantuan berupa makanan, pakaian kepada mangsa-mangsa banjir, golongan miskin serta mereka yang ditimpa bencana kepada tanpa mengira kaum.SabahNewsToday/Jabatan Penerangan

Komen


Berita Berkaitan