Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Chan, Sukumaran kian hampir ke ajal

dadah id
CHAN dan Sukumaran

 

Jakarta: Dua pengedar dadah warga Australia yang ditetapkan menjalani hukuman mati akan dipindahkan ke lokasi hukuman minggu ini, kata jurucakap peguam negara semalam.

Tony Spontana berkata, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran – kedua-duanya berusia 30-an – bakal dibawa dari penjara di Bali ke Pulau Nusakambangan berhampiran Pulau Jawa.

“Mereka adalah kumpulan pertama banduan yang akan dipindahkan, sebelum diikuti kumpulan lain,” katanya.

Apabila proses pemindahan itu selesai, kata Tony, barulah hukuman mati itu dilaksanakan.

Ketika ditanya sama ada semua pesalah terbabit – seramai enam orang semuanya – akan sempat dipindahkan minggu ini, Tony berkata, “harapannya begitulah.”

Chan dan Sukumaran adalah sebahagian daripada anggota kumpulan Bali 9 yang ditangkap kerana cuba menyeludup dadah ke Indonesia.

Cubaan mereka meminta pengampunan daripada Presiden Jokowi gagal apabila ditolak.

Sebelum ini Perdana Menteri Australia, Tony Abbot berkata, Canberra menggunakan segala saluran perundangan untuk menyelamatkan Chan dan Sukumaran.

Jakarta enggan mendedahkan banduan mana yang akan menyertai Chan dan Sukumaran, namun pegawai dari enam kedutaan – Australia, Perancis, Brazil, Filipina, Nigeria dan Ghana dijemput menghadiri majlis taklimat mengenai kaedah pelaksanaan hukuman itu semalam. – AFP

Komen


Berita Berkaitan