Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Chan-hom paksa batal penerbangan

SEORANG anggota penyelamat mendukung seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir selepas hujan lebat berpunca daripada Taufan Chan-hom melanda Shaoxing di wilayah Zhejiang, China, kelmarin.
SEORANG anggota penyelamat mendukung seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir selepas hujan lebat berpunca daripada Taufan Chan-hom melanda Shaoxing di wilayah Zhejiang, China, kelmarin.

Seoul: Puluhan penerbangan domestik di Korea Selatan dibatalkan semalam selepas Taufan Chan-hom yang membawa angin kencang dan hujan lebat membadai wilayah barat daya negara itu.

Sebanyak 60 penerbangan domestik yang menghubungkan Seoul dengan Yeosu, bandar di pantai barat daya dan Jeju, pulau peranginan di selatan dibatalkan, kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Penerbangan antarabangsa bagaimanapun tidak terjejas.

Amaran angin kencang diramal di sepanjang kawasan pantai selatan dan barat Korea Selatan dan pihak berkuasa cuaca berkata, taufan itu akan menjadi ribut tropika apabila tiba di wilayah Hwanghae di Korea Utara pagi ini.

Taufan itu membadai timur China kelmarin, melumpuhkan hubungan pengangkutan dan memusnahkan ladang.

Lebih sejuta penduduk dipindahkan.

Di Filipina, lima orang terbunuh dan lebih 20 cedera pada Jumaat lalu juga akibat taufan berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan