Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Chacha enggan turun dari tiang elektrik

9:14am 15/04/2016 Pak Roshan 25 views Global
Chacha, chimpanzee jantan yang terlepas dari sebuah zoo di Sendai, Jepun, berusaha mengelak daripada ditangkap ketika berada di puncak tiang tiang elektrik. - Foto Kyodo News/AP

Chacha, chimpanzee jantan yang terlepas dari sebuah zoo di Sendai, Jepun, berusaha mengelak daripada ditangkap ketika berada di puncak tiang tiang elektrik. – Foto Kyodo News/AP

Tokyo: Seekor chimpanzee yang terlepas dari sebuah zoo di utara Jepun, berusaha mengelak daripada ditangkap dengan memanjat tiang elektrik dan bergayut di situ selama beberapa jam.

Chimpanzee jantan bernama Chacha itu berada di atas tiang berkenaan selama dua jam selepas hilang dari Zoo Yagiyama di Sendai dan siaran televisyen Jepun menunjukkan ia berada di puncak tiang sambil menyeringai dan menjerit kepada pekerja zoo di bawah.

Pekerja zoo menembak ubat pelali yang mengenai belakangnya namun masih memerlukan masa yang agak lama sebelum ia terjatuh ke atas selimut yang dipegang pekerja di bawah. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan