Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CGC sasar RM60 juta tahun ini bantu PKS

Datuk Seri Musa Aman (tengah) diapit oleh Datuk Agil Natt (dua dari kiri) dan Mohd. Zamree Mohd. Ishak (dua dari kanan) dan beberapa pegawai kanan CGC semasa kunjungan hormat ke atas Musa di Sri Gaya. - foto JKM
Datuk Seri Musa Aman (tengah) diapit oleh Datuk Agil Natt (dua dari kiri) dan Mohd. Zamree Mohd. Ishak (dua dari kanan) dan beberapa pegawai kanan CGC semasa kunjungan hormat ke atas Musa di Sri Gaya. – foto JKM

KOTA KINABALU – Syarikat Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menyumbang sebanyak RM40 juta bagi pembangunan kira-kira 140 pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Agil Natt berkata, agihan pinjaman untuk ahli PKS kebanyakannya terlibat dalam perniagaan jual beli, pembinaan dan perladangan itu dikendalikan oleh dua buah cawangan CGC iaitu di Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Tahun ini, CGC meletakkan sasaran untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM61 juta kepada pengusaha PKS di Sabah iaitu 52.5 peratus pertambahan berbanding tahun sebelumnya,” katanya semasa kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, Likas di sini hari ini.

Mengenai lawatan itu, Agil berkata, pihaknya memberikan taklimat ringkas kepada Musa mengenai CGC dan peranannya dalam membangunkan industri PKS agar lebih kompetitf dan dinamik sepanjang tempoh 42 tahun.

Beliau yakin, CGC mampu menjadi sebahagian daripada penyumbang terbesar bagi menjana pertumbuhan berterusan industri PKS di Sabah untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, dalam pertemuan tersebut, Musa turut berkonsi aspirasi dan wawasan kerajaan negeri terhadap pembangunan PKS di Sabah.

Beliau berkata, institusi kewangan seperti CGC memainkan peranan yang amat signifikan terhadap pertumbuhan dan perkembangan berterusan PKS di negara khususnya di Sabah amnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan