Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cermin kereta lebih ‘berharga’

PANIK... Orang ramai kelihatan cuba membantu mengejutkan kanak-kanak di dalam kereta terbabit namun tidak berhasil.
PANIK… Orang ramai kelihatan cuba membantu mengejutkan kanak-kanak di dalam kereta terbabit namun tidak berhasil.

KOTA KINABALU: Seorang wanita sanggup membiarkan anak lelakinya yang berumur lingkungan tujuh tahun, terperangkap di dalam kenderaan mereka daripada melihat cermin dipecahkan.
Sebaliknya, wanita itu hanya membenarkan cermin kereta jenis Perodua Viva itu dipecahkan sekiranya dia dibayar gantirugi sebanyak RM200 terlebih dahulu.
Difahamkan, dalam kejadian di Bandaran Berjaya di sini pada tengahari semalam, wanita itu didakwa keluar sebentar untuk ke sebuah restoran berhampiran bersama-sama seorang anak perempuannya.
Manakala seorang lagi anaknya dibiarkan tidur di dalam kereta yang berkunci dari dalam sambil membiarkan enjin kenderaan itu hidup.
Tidak berapa lama kemudian, wanita itu kembali semula namun gagal untuk membuka pintu kereta itu.
Tindakan wanita itu yang berusaha membuka pintu keretanya, mula menarik perhatian orang ramai yang kemudian cuba membantu.
Menurut seorang saksi, pelbagai cara digunakan untuk mengejutkan kanak-kanak itu tetapi tidak berhasil termasuk bantuan oleh dua anggota Bomba.
“Orang ramai yang menyangka kanak-kanak itu pengsan kemudian mencadangkan supaya cermin sisi kereta itu dipecahkan tapi dihalang oleh ibu kanak-kanak terbabit,” kata saksi mahu dikenali sebagai Amir.
Bagaimanapun, wanita terbabit akhirnya membenarkan cermin sisi keretanya dipecahkan selepas dua individu masing-masing memberikan RM100 kepada wanita itu.
Kanak-kanak berkenaan yang kemudian terbangun dari tidur akibat bunyi bising, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan